RASIONAL LOGO




Konsep keseluruhan logo adalah jelas, ringkas, fokus dan mudah diingat. Bulan Sabit merah sangat sinonim dengan kesihatan yang menjadi lambang Kementerian Kesihatan Malaysia. Logo 1Malaysia (versi Kementerian Kesihatan Malaysia) melambangkan perkhidmatan kementerian yang memberi keutamaan kepada memelihara kesihatan rakyat.

Warna Krim adalah warna lembut yang melambangkan ciri-ciri sopan santun, penyayang dan harmoni yang menjadi amalan semua kaum di Malaysia.

Warna biru adalah warna kecintaan, kemesraan, keluhuran, profesionalisme dan komited dalam memberikan perkhidmatan yang terkini dan terbaik kepada rakyat.

Warna merah adalah warna bersemangat, tegas dan berani dan bersiap sedia menghadapi segala cabaran.

0 comments:

Post a Comment